PENJARA LAHAD DATU AKAN DIRASMIKAN SEPTEMBER INI

KOTA KINABALU (15 Februari):  Penjara Lahad Datu yang berkapasiti seramai 1,500 orang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, September ini.

Pengarah Penjara Negeri Sabah, Timbalan Komisioner Penjara, Nora Musa berkata, penjara itu juga mempunyai seramai 420 kakitangan.

“Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri pada September nanti,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Nora berkata, kunjungan itu bertujuan bagi memperkenalkan pengurusan penjara di seluruh Sabah, selain membuat jemputan kepada Tun Juhar bagi menyempurnakan acara perasmian penjara berkenaan.

Katanya, pihaknya juga telah merancang beberapa program sempena bulan Ramadan seperti Ihya Ramadhan, tadarus, qiamullail, solat terawih berjemaah, kelas pendidikan sejarah nabi dan majlis berbuka puasa penghuni bersama pihak pengurusan.

Penjara Lahad Datu merupakan yang keempat di negeri ini selepas Penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu bagi mengatasi masalah kesesakan banduan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH MEDIA

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …