KUNJUNGAN HORMAT PPKD POKOK SENA KEPADA PEGAWAI DAERAH

Penolong Pengarah Keselamatan Daerah (PPKD) Pokok Sena, Puan Mimi Suriati Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Mohamad Rizal Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Pokok Sena di pejabat beliau.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan sempena dengan pelantikan Puan Mimi Suriati sebagai Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Pokok Sena yang baharu. Pertemuan di antara kedua pihak ini juga telah membincangkan beberapa isu setempat berkait keselamatan secara keseluruhannya.

Kerjasama erat di antara agensi persekutuan dan negeri akan terus mengukuhkan tahap keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan agensi dalam melindungi dan memastikan keadaan negeri kekal aman dan sejahtera.

 

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …