LAWATAN DUTA JERMAN KE MALAYSIA KE MUZIUM NEGERI SEREMBAN

Muzium Negeri, Seremban telah menerima lawatan H.E. Dr. Peter Blomeyer, Duta Jerman Ke Malaysia. Lawatan ini adalah merupakan antara pengisian utama beliau sepanjang berada di Negeri Sembilan pada 7 Februari dan 9 Februari 2024.Tujuan utama beliau mengadakan lawatan ialah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah dan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Puan Noorul Farahashikin binti Sakim, Kurator Bahagian Permuziuman dan Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Muzium. Sesi lawatan bermula dengan beliau mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan Muzium Negeri, Seremban, muzium-muzium di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Adat Perpatih.Taklimat disampaikan oleh Puan Noorul Farahashikin binti Sakim.

Selepas mendengar taklimat, beliau kemudiannya lalu dibawa melawat galeri pameran. Beliau benar-benar berasa kagum dan teruja apabila melihat pameran serta artifak yang berkaitan dengan sejarah Negeri Sembilan dan Adat Perpatih.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada beliau di atas kesudian melapangkan masa mengadakan lawatan ke Muzium Negeri, Seremban.

Melalui lawatan ini beliau dapat mengetahui bahawa Muzium Negeri, Seremban adalah merupakan antara destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di negeri yang terkenal dengan jolokan sebagai “Negeri Beradat.”

Sumber: FB Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …