Aplikasi penjejakan lokasi seperti Waze, Google Maps, Strava, Find My iPhone dan Life360 amat memudahkan navigasi, namun di sebalik kemudahan berkenaan tersembunyi risiko besar kepada keselamatan negara dan masyarakat.
Tanpa kita sedari, kesan dan risiko yang sedang dihadapi adalah kedaulatan data terancam. Kerajaan Malaysia pada 21 Oktober 2026 telah mengeluarkan arahan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi Waze. Kajian NACSA pada 1 Ogos 2026 mendapati terma perkhidmatan baharu Waze tertakluk di bawah undang-undang Israel dan bidang kuasa mahkamah Tel Aviv.
YBhg. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, Ketua Eksekutif NACSA menegaskan pemetaan lokasi, arah perjalanan dan rutin harian penjawat awam boleh dijejak entiti asing dan dieksploitasi untuk risikan.
YM Raja Datuk Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara menjelaskan walaupun aplikasi tidak digunakan secara aktif, data tetap dikumpul. Seterusnya, rekod yang terkumpul selama beberapa minggu boleh mendedahkan tempat tinggal, tempat kerja, lokasi rawatan kesihatan dan kehadiran di premis kerajaan sensitif. Data lokasi turut boleh disalahguna dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk jenayah terutamanya scam.
Kerajaan kini menggalakkan penggunaan aplikasi tempatan iaitu TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Langkah pencegahan terbaik yang dapat disyorkan adalah semak teliti berhubung tetapan privasi, hadkan kebenaran lokasi dan nyahpasang aplikasi berisiko tinggi.
Sumber:
Media Selangor (22 Okt 2026), Buletin TV3, Astro Awani, Harapan Daily, Sinar Harian.



