MENJELANG HARI KE-15 TAHUN BARU CINA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN 3 (KESEPADUAN NASIONAL)

Perayaan Tahun Baru Cina disambut  oleh masyarakat Cina di Malaysia sempena kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Kaum Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Perayaan ini disambut mulai  malam tahun baru apabila ahli-ahli keluarga berkumpul untuk menikmati makan malam bersama. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi  ‘angpau’ kepada saudara mara yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ ialah sampul berwarna merah yang diisi dengan sejumlah wang dan membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan di dalam kehidupan seseorang. Selain itu, buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan juga premis-premis perniagaan bertujuan  memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh yang disambut pada hari ke 15 Tahun Baru Cina.

Selamat tahun Baru Cina!

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …