BOMBA SELAMATKAN LELAKI TERTUSUK PANAH DI LENGAN KANAN

KOTA BELUD (2 Februari): Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan seorang mangsa lelaki yang mengalami kecederaan tertusuk panah di lengan kanannya dipercayai semasa mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan di Kota Belud.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBP) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak Unit Kecemasan Hospital Kota Belud mengenai kejadian itu pada jam 11.59 malam tadi (1 Feb).

Katanya, mangsa berusia 25 tahun itu cedera di lengan kanan kerana tertusuk panah besi semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan dan seterusnya dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kota Belud.

“Pasukan Bomba bertindak memotong panah tersebut dan seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.33 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : SABAH MEDIA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …