PIHAK BERKUASA TEMPATAN DIGESA PASTIKAN KELAYAKAN PENERIMA PROJEK PERUMAHAN RAKYAT

KOTA KINABALU (1 Februari): Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya lebih tegas dalam memastikan bantuan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Individu tidak berkelayakan yang menerima skim perumahan kos rendah itu melalui cara yang meragukan telah menjadi isu berterusan, dengan sesetengahnya memperoleh unit tersebut melalui proksi manakala yang lain mendapat sehingga dua atau tiga unit dan menyewakannya.

“Ideanya ialah jika anda memohon unit PPR, maka anda harus tinggal di PPR itu kerana anda layak untuknya.

“Jika anda tidak mahu duduk atau tinggal di rumah PPR dan anda menyewakannya kepada orang lain, kami secara automatik akan membatalkan kelayakan anda untuk mendapatkan rumah itu.

“Saya meminta semua pihak berkuasa tempatan bertindak tegas dalam perkara ini kerana bilangan unit PPR sangat terhad. Katakan kita mempunyai kira-kira 2,000 unit, tetapi pemohon sehingga 10,000. Ini akan menjadi sangat tidak adil kepada mereka yang layak.”

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …