Sebuah blok di SK Senderut musnah dalam kebakaran

KUANTAN: Sebuah blok di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut di Pos Senderut, Kuala Lipis musnah akibat kebakaran malam tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata walaupun bangunan itu musnah sepenuhnya, tiada mangsa terlibat.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.29 malam, bagaimanapun perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa tiga jam 17 minit kerana hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
“Bomba menggunakan sumber air terbuka dan api berjaya dikawal pada 3.23 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 4.53 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulfadli berkata operasi melibatkan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan, Kuala Lipis, kira-kira 47 kilometer (km) dari lokasi kejadian, sebelum mendapat bantuan dari BBP Raub, sekitar 70 km dari SK Senderut.
SUMBER : ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …