KERAJAAN SETUJU LEBAR JALAN LEBUHRAYA KL-KARAK ATASI JALAN SESAK

KUANTAN, 1 FEBRUARI 2024 : Kerajaan Pahang telah bersetuju melaksanakan projek pelebaran jalan Lebuhraya KL- Karak yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini selain beberapa usaha jangka pendek yang turut diatur.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ianya dilakukan bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sepanjang laluan 42km yang berlaku setiap kali tiba musim perayaan, cuti umum dan cuti hujung minggu.

“Projek yang bakal dijalankan oleh Anih Berhad itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.

“Projek itu juga turut merangkumi pembinaan satu lagi terowong, penambaikan terhadap bahu jalan dan disediakan lampu jalan di keseluruhan jajaran untuk keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya dalam satu kenyataannya menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

Jelasnya, beberapa pendekatan atau mitigasi dilakukan bagi membantu mengurangkan masalah tersebut adalah antaranya menjadualkan kerja pembaikan di luar waktu puncak, menambah jumlah kakitangan bertugas dan menyediakan perkhidmatan kren/kembalik dalam keadaan tunggu sedia (standby) agar sebarang kejadian luar jangka dapat ditangani dengan segera.

Selain itu, Anih Berhad turut melaksanakan ‘Lane Segregation’ Plaza Tol Gombak Arah Barat mengikut destinasi (Batu Cave/Ampang) bagi mengurangkan isu ‘weaving’ dan juga melaksanakan ‘tapering cone’ untuk ‘merging lane’ di empat lokasi strategik untuk mengelakkan ‘weaving’ di ‘conflict point’ iaitu di susur dari Karak, susur dari Lingkaran Tengah Utama (LTU), pusingan U MRSM dan susur dari UIA selepas Plaza Tol Gombak.

Anih Berhad bersama LLM turut membuat persediaan dua lokasi ‘tidal flow’ (KM55-59 arah timur dan KM60-56 arah barat) tetapi pelaksanaannya tertakluk kepada pecahan trafik di kedua-dua arah mencapai nisbah trafik 70-30 (barat-timur) bagi mengelakkan kesesakkan.

Kerajaan Pahang berharap agar segala usaha dan persetujuan menerusi projek-projek ini akan dapat menangani kesesakan lalu lintas di Lebuhraya KL – Karak.

 

SUMBER : PAHANG MEDIA

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …