TANAH RUNTUH: KEMENTERIAN KAJI PEMASANGAN SISTEM AMARAN AWAL

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengkaji kesesuaian pemasangan sistem amaran awal seperti tolok hujan secara komprehensif terutama di kawasan dikenal pasti berkerentanan tinggi tanah runtuh.

Kementerian itu melalui kenyataan memaklumkan, sistem berkenaan dijangka dipasang di tujuh kawasan terpilih pada hujung tahun ini.

“Pihak kementerian komited terhadap aktiviti penyelidikan dan penggunaan teknologi tinggi terkini dalam mengenal pasti serta pemantauan kawasan hotspot bencana geologi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu lagi, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dari semasa ke semasa juga akan memperluas dan mengemaskini peta berkaitan, melalui Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dalam menyalurkan maklumat berkenaan kawasan potensi bahaya tanah runtuh kepada pihak berkepentingan.

Kementerian itu juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi teknikal untuk memperluas program pengurusan risiko bencana membabitkan komuniti kepada penduduk bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bahaya bencana geologi tanah runtuh.

Berhubung kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang, siasatan awal JMG mendapati punca kejadian disebabkan hujan yang berterusan.

Kementerian memaklumkan hujan berterusan bermula 3 petang pada 24 Januari lalu dengan jumlah kumulatif hujan harian mencapai 126 milimeter (mm) pada 25 Januari menyebabkan cerun-cerun semula jadi yang berkecuraman tinggi yang didasari batuan granit (lebih daripada 35 darjah) cenderung untuk runtuh.

“Bagi mengelak risiko kejadian bencana geologi tanah runtuh, pihak kementerian melalui JMG mengesyorkan PBT supaya mengambil kira input PBRC dalam perancangan pembangunan dan pengawalseliaan aktiviti kelestarian pertanian di kawasan bercerun,” katanya kenyataan itu.

Dalam kejadian pada 26 Januari lalu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita yang juga pekerja ladang sayur tertimbus selepas rumah dihuni mereka terbabit insiden tanah runtuh kira-kira jam 2.40 pagi itu.

 

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

KILANG LEKOR KOTOR, BEROPERASI TANPA LESEN DI TAWAU DITUTUP

OPERASI: Dr Shameer mengetuai operasi penguatkuasaan di sebuah kilang pengeluaran keropok lekor dan kuih bahulu di Tawau yang ditutup kerana …

TIGA DITAHAN KES PUKUL, UGUT BAKAR RUMAH

TANGKAP: Semua ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang individu dan mengugut membakar rumah kongsi di Kampung Tanah Merah, …

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …