π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pada 31 Januari 2024 (Rabu), YDH CP Dato’ Khaw Kok Chin, Ketua Polis Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada YDH SAC Soffian bin Santong, KPP D3 (ATIPSOM), JSJ Bukit Aman bersama delegasinya.

Kunjungan hormat turut menyentuh mengenai pindaan akta bagi menyelesaikan masalah di lapangan hasil dari kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bersama D3 JSJ agar siasatan dan operasi berjalan serentak bagi memastikan kes dapat dituduh di Mahkamah. Perjumpaan turut membincangkan mengenai kerjasama dua hala bersama D3 JSJ Bukit Aman dengan Kontinjen Pulau Pinang seperti kursus yang melibatkan ATIPSOM/TIP.
Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …