MELAKA TUBUH JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER

AYER KEROH – Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber bagi membanteras dan mencegah isu jenayah digital yang dilaporkan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, jawatankuasa khas itu merupakan gabungan antara agensi penguatkuasaan bersama beberapa agensi Kerajaan Negeri lain yang terlibat.

Beliau memaklumkan Jabatan Penerangan Negeri Melaka akan terlibat selaku penyelaras jawatankuasa atau ‘head of program’ untuk memberi kesedaran kepada kumpulan sasaran.

“Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri pada tahun lalu, Melaka merekodkan sebanyak 1,571 kes secara keseluruhan bagi jenayah siber.

“Malah, menurut laporan, kerugian akibat jenayah siber yang direkodkan di negeri ini pada tahun lalu membabitkan nilai keseluruhan RM40.5 juta.

“Turut dilaporkan sebanyak 702 tangkapan terhadap jenayah siber telah dilakukan menerusi 600 jumlah pertuduhan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Cakna dengan masalah itu yang kian berleluasa itu, Fairul Nizam menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada ketika melakukan sesuatu transaksi atau pembelian dalam talian.

“Kita harap orang ramai yang terkena atau berasa tertipu untuk terus menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.

“Jawatankuasa khas yang ditubuhkan ini akan sentiasa bergerak secara dalam talian untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap penipuan siber,” katanya.

SUMBER : MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …