PENURUNAN BERAT BADAN YANG SIHAT DAN SELAMAT

Bagaimana dengan azam anda untuk turunkan berat badan? Sudah tercapai atau belum? Jom kongsikan berapakah berat yang anda berjaya turunkan dan bagaimana anda lakukannya. Adakah dengan cara melakukan senaman? Atau dengan cara anda menjaga pemakanan. Mungkin tips kejayaan yang anda kongsikan ini boleh menjadi inspirasi buat rakan-rakan kita yang lain.

Bagi yang merancang untuk turunkan berat badan pada tahun 2024 ini, pastikan matlamat anda realistik iaitu 0.5 kg sehingga 1 kg sahaja seminggu. Tidak perlu turunkan secara drastik pun, asalkan anda dapat konsisten dalam proses mengawal berat badan. Penting diingatkan bahawa penurunan berat badan yang terlalu drastik dalam masa yang singkat adalah tidak normal. Jom sama-sama jayakan azam tahun baru untuk menjadi lebih sihat, capai BMI normal, kawal berat badan, cegah obesiti dan amalkan pemakanan sihat. Semoga berjaya!

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …