33,697 UNIT RUMAH MAMPU MILIK DIBERI KELULUSAN MERANCANG

Sebanyak 33,697 unit rumah mampu milik diberi kelulusan merancang oleh kerajaan Negeri Sembilan sejak tahun 2018. Menurut Pengerusi Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri. J. Arul Kumar, ia termasuk sebanyak 10,379 unit rumah mampu milik Jenis A yang berharga RM80,000. Disamping itu, sebanyak 11,493 unit rumah mampu milik bagi Jenis B berharga RM250,000 ke bawah dan 11,825 unit rumah mampu milik bagi Jenis C berharga RM 400,000 ke bawah juga telah diluluskan. Kerajaan negeri akan terus memastikan semua kelulusan yang diberikan kepada pemaju perumahan tersebut dipatuhi dan dilaksanakan. Ini akan membantu lebih ramai keluarga memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu milik.

Pembinaan rumah mampu milik sebanyak 50 peratus daripada jumlah unit rumah yang dibina adalah satu daripada syarat utama dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS). Sebanyak 1,049 unit rumah mampu milik telah dibina di atas tanah seluas 38 hektar menerusi projek perumahan Taman Bakti YNS, Labu, di sini. Daripada jumlah itu sebanyak 734 unit rumah atau 70 peratus adalah rumah mampu milik yang terdiri daripada 296 unit rumah Jenis A berharga RM80,000, 221 unit rumah Jenis B berharga RM250,000 dan 217 unit rumah Jenis C berharga RM350,000.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …