NEGERI SEMBILAN TIDAK LAGI BENARKAN PEKERJA ASING TINGGAL DI KAWASAN KEDIAMAN

Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pekerja warga asing ditempatkan di mana-mana kawasan berstatus kediaman.Menurut Pengerusi Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar, sehingga tempoh hujung tahun ini, semua kediaman yang dijadikan sebagai tempat tinggal pekerja asing akan dibuat pemutihan.

Sebelum tempoh itu tamat semua pekerja asing yang ditempatkan di kawasan berstatus kediaman perlu dipindahkan ke kawasan komersial atau Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

Pihaknya tidak boleh terus mengambil tindakan dan telah memberi masa bermula tahun lepas dan mereka (syarikat) boleh memilih tempat lain atau menempatkan pekerja asing mereka ke CLQ. Oleh itu, pembinaan atau pertukaran secara keseluruhan sesuatu bangunan kepada CLQ mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan oleh kerajaan Negeri.

Dengan pelaksanaan tindakan berkenaan, isu yang berpunca daripada pekerja warga asing di kawasan perumahan seperti gangguan dan kebersihan juga dapat diselesaikan. CLQ mestilah suatu kawasan yang berpagar dan dapat dikawal serta mempunyai semua kemudahan asas kepada pekerja warga asing.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

APA ITU TUBERKULOSIS?

Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Sekiranya terdapat gejala, anda perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.Majoriti …
Maklumat Lanjut

DOA MUSTAJAB DI MALAM LAILATUL QADAR

Doa Mustajab di Malam Lailatul Qadar Di malam penuh keberkatan ini, perbanyakkan doa dan mohon keampunan dari Allah SWT: اللَّهُمَّ …
Maklumat Lanjut

JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah adalah penyucian jiwa dan pelindung harta. Ia membersihkan dosa perbuatan sia-sia sepanjang Ramadan serta membantu golongan yang memerlukan …
Maklumat Lanjut