KRU NELAYAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

Kuala Terengganu: Seramai 21 kru bot nelayan ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Jeti Pulau Duyong, 27 Januari 2024.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, operasi bermula jam 12 tengah malam itu dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya, kesemua yang ditahan adalah kru bot nelayan terdiri daripada dua warga tempatan dan 19 warga Thailand yang melakukan pelbagai kesalahan.

“Ada individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan, tiada permit kerja, melanggar syarat permit serta positif dadah.

“Kesemuanya berusia antara 32 hingga 52 tahun. Lapan yang ditahan dibawa ke JIM Terengganu kerana tiada pengenalan diri.

“Sementara, 13 lagi dibawa ke pejabat APMM Terengganu kerana melakukan pelbagai kesalahan lain yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Beliau berkata, operasi bersepadu seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Katanya, komuniti maritim perlu melaporkan sebarang maklumat dan salah laku yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Terengganu di talian 09- 6223657.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …