TIGA LELAKI DITAHAN GUNA KAD PENGENALAN PALSU

PELABUHAN KLANG, 18 JAN : Helah seorang lelaki menipu pengawai penguat kuasa dengan mendakwa dirinya adalah warganegara terbongkar selepas maklumat pada kad pengenalan dengan kad kerjanya tidak sama.

Lelaki berusia 40-an itu mendakwa dia berasal dari Sabah datang ke Semenanjung beberapa tahun lalu sebelum bekerja sebagai jurukimpal.

Ketika ditanya mengenai dokumen pengenalan diri, dia hanya mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan sijil lahir dan memaklumkan tidak memiliki kad pengenalan secara fizikal kerana hilang.

Bagaimanapun, semakan dilakukan pegawai penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati nama penuh serta maklumat lain pada salinan kad pengenalan itu tidak sama dengan kad kerja milik lelaki berkenaan.

Lelaki itu adalah antara tiga individu yang ditahan dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, di sini, awal pagi tadi.

Pemeriksaan dilakukan di tujuh lokasi sekitar kampung berkenaan membabitkan 12 rumah diperiksa dengan kebanyakan individu diperiksa memegang kad Persatuan Bajau.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 23 individu diperiksa dengan tiga lelaki berusia berusia antara 28 hingga 40 tahun ditahan selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu.

Salah seorang lelaki yang ditahan adalah warga Filipina, manakala dua lagi individu mengaku berasal dari Sabah dengan ketiga-tiga mereka bekerja sebagai juru kimpal.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN memaklumkan operasi terbabit dijalankan susulan maklumat diterima serta hasil risikan dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, operasi itu dijalankan bagi mencegah dan membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan diri.

JPN turut mengingatkan pihak majikan perlu memastikan mereka yang diambil bekerja perlu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut