RESTORAN TOMYAM DISERBU, 11 WARGA ASING DITAHAN

Seramai 11 warga asing ditahan selepas didapati melanggar syarat pas ditetapkan semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Warga Asing yang dilaksanakan bersama oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di beberapa buah restoran tomyam di Nilai.

Menurut Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, sebanyak lima buah premis restoran tomyam di Taman Desa Jasmin dan Taman Desa Casuarina, Nilai di sini telah diperiksa dalam usaha pihak berkuasa dalam usaha membanteras warga asing.

Menurut beliau, pihak JIM memaklumkan kesemua yang ditahan itu merupakan warga Thailand berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun. Seramai 11 warga asing ditahan menerusi dua restoran tomyam yang diperiksa kerana melanggar syarat pas ditetapkan. Kesemuanya membabitkan lima orang lelaki, lima wanita beserta seorang kanak-kanak perempuan. Berikutan itu, mereka disiasat dibawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam operasi tersebut juga, pihaknya telah mengeluarkan notis sitaan ke atas salah sebuah restoran tomyam kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan menjalankan perniagaan secara haram. Premis berkenaan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran.

Selain itu, dua kompaun turut dikeluarkan kerana langgar syarat sah lesen di bawah Seksyen UUK 6(3) Undang-Undang Kecil Penjaja MBS atas kesalahan menggaji pekerja warga asing. MBS telah menyita sebanyak 180 buah kerusi, 14-unit meja dan enam tong gas dalam serbuan itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut