MOHAMAD HATTA DILANTIK KETUA POLIS SEREMBAN

Bekas Pengarah Keselamatan, Universiti Malaya, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Arifai Tarawe akan memikul tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini dengan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof.

Ahmad Dzaffir turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Arifai yang banyak menyumbang bakti selama menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Seremban. Dengan kebolehan yang dimiliki sebagai Ketua Polis Daerah Gombak sebelum ini, beliau mampu melaksanakan tugas dengan baik di bandar besar ini dan di bahagian lain.

Mohamad Hatta pula memaklumkan beliau akan mendukung hasrat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk memperkasakan integriti dalam kalangan pasukan selain mendekatkan pasukan dengan masyarakat melalui Kepolisan Komuniti.

Beliau juga mahu menjadikan IPD Seremban dengan persekitaran yang lebih eksklusif supaya lebih mesra dengan komuniti setempat dalam usaha mencapai perkhidmatan penyampaian yang baik.

Menerusi pengalaman kira-kira 37 tahun dalam pasukan polis dengan 24 tahun daripadanya dalam bidang jenayah, beliau turut berhasrat untuk menurunkan indeks jenayah di daerah tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …