INGEN BANTU NELAYAN NEGERI SEMBILAN

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 menerusi Insentif Galakan Nelayan (Ingen) bagi membantu nelayan di negeri ini bagi membeli kelengkapan, alatan dan bagi tujuan baik pulih bot.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan adalah berupa geran berjumlah antara RM5,000 hingga RM15,000 seorang tertakluk kepada kelayakan dan pengesahan diberikan agensi kerajaan berkaitan.

Menurut beliau, berdasarkan rekod pada 29 Oktober 2022, seramai 12 orang nelayan telah menerima bot fibre, 30 nelayan menerima enjin bot dan 19 nelayan menerima pelbagai jenis peralatan menangkap ikan.

Itu adalah antara komitmen kerajaan negeri selepas negara dilanda wabak Covid-19. Kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan yang meliputi nelayan dan penternak akuakultur kerana mereka merupakan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem makanan negara.

Pembangunan perikanan laut dan perikanan darat perlu dipertingkatkan melalui galakan inovasi dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kepelbagaian spesis kultur bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara. Dalam pada itu seramai 276 orang nelayan menerima Elaun Sara Hidup Nelayan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM82,800 secara tunai.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …