KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAFTAR KEBAYA SETENGAH TIANG DI MYIPO

Bagi memelihara keaslian dan keunikan Kebaya Setengah Tiang, kerajaan Negeri Sembilan telah mendaftarkan busana tersebut sebagai harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini.

Busana berkenaan yang dikenali Kebayo Setongah Tiang mengikut kepada dialek Negeri Sembilan adalah antara yang berada dalam sembilan Identiti Negeri Sembilan yang telah pun dilancarkan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan memberitahu, pendaftaran di bawah kategori Petunjuk Geografi itu adalah bagi memastikan pola dan potongan asal busana tersebut kekal menjadi identiti Negeri Sembilan serta rujukan kepada orang awam.

“Pendaftaran itu sebagai usaha mendaftarkan identiti Negeri Sembilan yang lain supaya turut boleh didaftarkan sebagai paten, hak cipta, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, busana berkenaan dipakai oleh golongan istana, bangsawan dan rakyat biasa sejak 1920-an.

“Perbezaan ketara bagi penggunaan baju antara majlis rasmi dan tidak rasmi adalah pilihan fabrik yang digunakan dan penggunaan fabriknya disesuaikan mengikut majlis keramaian seperti kenduri serta undangan perkahwinan.

“Baju kebaya setengah tiang juga sering digayakan pegawai kerajaan dan guru semasa mengajar di sekolah disebabkan potongan pola yang mudah untuk bergerak.

Jelasnya, kerabat diraja terutama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan mempelopori pemakaian busana Kebaya Setengah Tiang dalam acara rasmi di istana.

Selain itu, katanya, keistimewaan dan keunikan kebaya itu juga turut diserlahkan menerusi pertandingan bagi memelihara keaslian serta memberikan nafas baharu terhadap busana itu.

“Busana berkenaan mempunyai potongan tujuh berbanding baju kebaya labuh yang mempunyai potongan sembilan dan pola baju masih bersifat ‘mengurung’ anggota badan,” katanya,

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menjalankan kajian bagi mengumpul maklumat dan menganjurkan bengkel jahitan bagi merekabentuk semula pola asal Kebaya Setengah Tiang itu sekali gus mempopularkannya kepada masyarakat selain baju kurung.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut