KASTAM NEGERI SEMBILAN RAMPAS ENAM JUTA BATANG ROKOK LARI CUKAI

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya mematahkan cubaan mengedarkan sebanyak 6.51 juta batang rokok lari cukai selepas menahan dan merampas dua buah lori dalam satu operasi pertengahan bulan ini.

Pengarah Kastam negeri, Mohammad Hafiz Ishak menyifatkan rampasan tersebut adalah yang terbesar tahun ini bagi JKDM negeri ini dengan nilai sitaan untuk rokok berjumlah lebih setengah juta ringgit manakala cukai yang sepatutnya dikutip dianggarkan sebanyak RM4.35 juta.

Menurutnya, kedua-dua lori itu ditahan di dua lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan pada 15 November lalu antara pukul 1 tengah hari hingga 4.30 petang. Pemeriksaan pada lori pertama yang dilakukan oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan menemukan sebanyak 298 kotak mengandungi 14,900 karton rokok yang mempunyai label cukai palsu.

Hasil pemeriksaan pada lori kedua menemukan sebanyak 353 kotak yang mengandungi 17,650 karton rokok yang tiada label cukai. Menurutnya, kesemua rokok itu disyaki barangan Larangan Import Di Bawah Butiran 3, Bahagian I dan II, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Berikutan itu, katanya, pihaknya telah menyita kesemua rokok dan kedua-dua buah lori serta menahan dua pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun.Jelasnya, kedua-dua kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976.

Modus operandi kes adalah rokok seludup yang dipercayai dibawa masuk dari utara tanah air dijual di pasaran tempatan dengan harga yang lebih murah kira-kira RM8 sekotak berbanding harga di pasaran iaitu RM13.

Sindiket akan menggunakan label cukai yang palsu pada rokok dengan niat mengaburi mata pihak penguatkuasa dan kenderaan seperti lori kanvas.

Katanya, aktiviti penyeludupan itu bukan sahaja merugikan negara daripada segi kehilangan hasil cukai tetapi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Orang awam digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …