PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BERI IMPAK TUMBESARAN POSITIF

Pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan secara berhemah adalah pendekatan yang mengutamakan penggunaan kaedah lembut, penyayang dan positif. Ia menekankan intraksi yang penuh kasih sayang antara pendidik dan kanak-kanak, mengutamakan pemahaman dan pembangunan anak secara holistik tanpa menggunakan kekerasan fizikal, mental mahupun emosi.

Beberapa prinsip penting berkait pendidikan berhemah adalah:

Konsep empati dan kepedulian: Tumpuan diberikan kepada pembentukan emosi dan disiplin yang dilaksanakan secraa konsisten dan berterusan. Tidak terlalu mendesak dan membentuk perilaku baik secara perlahan-lahan dengan pemahaman yang menyeluruh.

Komunikasi yang berkesan: Pendidik menggunakan komunikasi yang berkesan dan berlandaskan kata-kata dan pendekatan yang memberi inspirasi, memberi pujian, memberikan dorongan positif dan menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.

Keadilan yang serata: Pendidikan yang berhemah memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan berkembang berdasarkan kemampuan dan minat masing-masing.

Penglibatan dan sokongan Ibu bapa: Konsep kebertanggungjawaban bersama antara guru dan ibu bapa memberi kesan langsung kepada kemampuan dan kemahiran kanak-kanak. Pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah akan menyokong kepada perkembangan mereka dalam menerima ilmu pengetahuan.

Pendidikan berhemah membawa manfaat besar kepada perkembangan anak-anak. Ia membentuk persekitaran yang positif, membina kepercayaan diri dan hubungan sosial yang sihat dan membantu anak-anak menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan berdaya saing secara emosi. Pendekatan yang lebih penyayang dan positif akan membantu mencipta generasi yang lebih berdaya saing, berempati dan berbudaya

Artikel: Puan A’ina Shariff

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …