TUNDA IKAN DI ZON LARANGAN, LAGI BOT NELAYAN DITAHAN

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah-Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C di Tanjung Cincin sekitar jam 3.00 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah-Perlis, Romli Mustafa berkata, penahanan itu dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan operasi OP AMAN dan OP TIRIS di perairan Langkawi.

Bot pukat tunda itu ditahan bersama seorang tekong dan tiga kru warga Thailand dalam lingkungan umur antara 26 hingga 51 tahun di zon larangan perikanan ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi).

Kru, tekong dan bot ditahan bersama hasil tangkapan seberat 1,000 kilogram telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 15 batu nautika dari pantai.

Kegiatan tarik tepi seperti ini sukar dikesan kerana mereka tidak meninggalkan jejak. Kebiasaannya aktiviti itu dilakukan ketika bot tersebut ingin melepasi jarak 15 batu nautika daripada pantai.
Aktiviti menangkap hasil laut kurang 15 batu nautika daripada pantai boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta sumber pendapatan nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan itu.

Justeru Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana nelayan yang melanggar syarat sah lesen.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

Sumber: Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Seorang tekong dan tiga kru warga Thailand di tahan di zon larangan perikanan ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …