79 NOTIS BUAT PEMANDU INGKAR

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah Cawangan Langkawi telah mengadakan satu (1) Ops Bersepadu Bersama Agensi melibatkan 32 orang pegawai dan anggota terdiri daripada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertempat di KM 1 Jalan Kelibang Langkawi.

Selama hampir dua (2) jam operasi dijalankan, sebanyak 237 buah kenderaan telah diperiksa dan 79 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain 3 buah motosikal yang telah melakukan kesalahan turut disita di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Masyarakat diseru supaya lebih peka terhadap pentingnya mengikuti peraturan jalan raya dan mengubah tatacara pemanduan yang lebih selamat dan berhemah serta berdisplin.
Sumber : JPJ Kedah (Cawangan Langkawi)

Sebanyak 237 buah kenderaan telah diperiksa dan 79 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain 3 buah motosikal turut disita

Artikel/Berita Terkini

TIPS KEKAL SIHAT KEPADA BAKAL HAJI TAHUN 2024 INI

Kepada bakal jemaah haji, berikut adalah vaksin yang wajib dan amat digalakkan untuk diambil : Wajib – Meningococcal Amat digalakkan …
Maklumat Lanjut

MASALAH KEWANGAN SALAH SATU PUNCA KESIHATAN MENTAL

Pada 4 Oktober 2023, Public Health Malaysia telah menggunakan platform media social facebook bagi membuat tinjauan punca yang menjejaskan kesihatan …
Maklumat Lanjut

MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN BERI MAKNA KEMERDEKAAN NEGARA

Pendidikan merupakan perkara penting dalam alaf pemodenan pada hari ini. Semenjak di dalam kandungan, kanak-kanak telah didedahkan dengan pelbagai bentuk …
Maklumat Lanjut