KESAN AKTIVITI ‘TARIK TEPI’ KEPADA EKOSISTEM LAUT

Saban hari, ada sahaja kes tangkapan yang dilaporkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysua (APMM) yang melibatkan aktiviti ‘tarik tepi’ ini. Aktiviti ini menjadi pilihan dalam kalangan nelayan yang tidak bertanggungjawab kerana mereka boleh menangkap ikan dalam jumlah yang banyak dan cepat selain untuk meraih keuntungan yang banyak.

Aktiviti tarik tepi adalah aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat yang ditarik oleh bot nelayan di kawasan perairan yang dangkal dan dekat dengan pantai. Aktiviti ini mempunyai kesan dan impak yang negatif terhadap ekosistem, sumber perikanan, dan mata pencarian nelayan tradisional.

Namun begitu, aktiviti tidak bermoral ini akan memberi kesan negatif kepada ekosistem laut itu sendiri. Antara kesan dan impak yang boleh berlaku adalah aktiviti tarik tepi boleh merosakkan habitat laut seperti terumbu karang, padang lamun, dan hutan bakau yang merupakan tempat perlindungan, pembiakan, dan makanan bagi pelbagai spesies ikan dan hidupan laut lain. Aktiviti ini juga akan menangkap ikan yang tidak matang, berukuran kecil, atau dilindungi oleh undang-undang, yang menyebabkan penurunan populasi ikan dan kepelbagaian biologi di perairan tersebut.

Selaras dengan teras ketujuh yang digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, iaitu Pembangunan Mampan, Majlis Keselamatan Negara turut memandang serius perkara ini. Komitmen terhadap pembangunan mampan ini juga merupakan satu cabang keselamatan negara dimana kelangsungan sumber-sumber negara, kesejahteraan rakyat dan juga keperluan generasi akan datang perlu dipelihara.

Kegiatan tarik tepi ini bukan sahaja menganggu ekosistem laut, malahan turut mengganggu aktiviti nelayan tradisional yang menggunakan kaedah tangkap yang lebih lestari dan berhemah, seperti jala, pancing, atau bubu. Ini boleh menjejaskan pendapatan dan kesejahteraan nelayan tradisional yang bergantung kepada sumber perikanan di kawasan pesisir pantai.

Oleh sebab itu, aktiviti tarik tepi adalah satu aktiviti yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab, dan tidak patut dilakukan oleh bot nelayan. Aktiviti ini melanggar syarat sah lesen perikanan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985. Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan maritim akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap bot nelayan yang melakukan aktiviti tarik tepi di zon larangan.

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut