JENAYAH RENTAS SEMPADAN DAN INTEGRITI JADI TUMPUAN JPGN KEDAH

Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Brig. Jen. Saipol Anuar Jaafar dan Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Fisol Salleh telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Kedah (JPGN) Bilangan 2 Tahun 2023 yang diadakan di Dewan KVH, MK 6 Bgd, Kem Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, semalam.
Sebanyak 11 agensi penguatkuasa terlibat dan antaranya ialah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, dan Angkatan Tentera Laut yang diwakili oleh Markas Wilayah Laut 3.
Pelbagai isu-isu keselamatan telah dibincangkan di dalam platform tersebut dan antara yang menjadi perhatian jawatankuasa adalah aktiviti jenayah rentas sempadan. Jenayah ini termasuklah kegiatan penyeludupan, dan juga kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui sempadan darat Malaysia. Selain itu, kedua-dua pengerusi turut memberi penekanan kepada isu integriti semua pihak terutamanya dalam agensi penguatkuasaan supaya tiada ketirisan berlaku bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara.
Turut hadir ialah Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Mohd Zawawi Zakaria selaku urus setia mesyuarat tersebut.
Brig. Jen. Saipol Anuar Jaafar dan YDH CP Dato’ Fisol Salleh mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Kedah (JPGN) Bilangan 2 Tahun 2023 di Dewan KVH, MK 6 Bgd, Kem Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …