KEMAHIRAN DIGITAL BELIA PERLU SEIRING ILMU KEROHANIAN, JASMANI

BANDARAYA MELAKA 20 November – Kemahiran digital yang dianggap sebagai satu kemestian pada masa kini perlu seiring dengan ilmu kerohanian dan jasmani, agar pemikiran belia lebih matang serta bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pimpinan masa hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, belia di negeri ini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan berikutan cabaran dalam pendigitalan masa kini boleh menyebabkan pemesongan akidah selain pelbagai lagi bentuk penyelewengan.

Berikutan itu, beliau menasihatkan belia agar lebih bijak dan berfikir secara kritis terutama ketika melayari media sosial yang semakin meluas ketika ini.

“Dalam dunia serba moden ini kebijaksanaan manusia sedang dicabar oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sebenarnya dicipta oleh manusia.

“Anak muda perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan kerana dalam dunia siber hari ini begitu banyak cabaran dan aplikasi-aplikasi muncul hasil pendigitalan ini yang kadangkala memesongkan akidah mereka, contohnya penyelewengan ayat-ayat al-Quran yang semakin berleluasa.

“Maka menjadi satu kemestian buat anak muda melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan bagi menangkis penyelewengan akidah dan rukun kehidupan. Semua ini adalah keutamaan buat mereka yang bakal memimpin negeri dan negara ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka, Sidang 1 Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 diadakan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam; Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli.

Terdahulu, Persidangan MPBN yang diadakan kali ini melibatkan seramai 115 peserta dalam kalangan belia yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan syarikat seluruh negeri.

Persidangan itu bertujuan untuk membincangkan dan membentangkan usul membabitkan isu serta masalah dalam proses pembangunan belia di semua peringkat.

Antara objektif lain persidangan adalah meneroka dimensi baharu dalam agenda pembangunan belia dan menzahirkan beberapa pelan tindakan menangani sebarang isu pembangunan belia yang terkesan akibat kemelesatan ekonomi semasa.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Ayer Keroh – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama …
Maklumat Lanjut

TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT

Paya Rumputi – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal iklan atau …
Maklumat Lanjut

MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT

Pengkalan Batu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang …
Maklumat Lanjut