MELAKA IKTIRAF PERANAN ATLET HARUMKAN NAMA NEGERI

AYER KEROH – Kesungguhan atlet anak jati Melaka pada pelbagai kejohanan di pentas nasional atau antarabangsa amat dihargai oleh Kerajaan Negeri.

Pembabitan mereka secara aktif dalam sukan bukan sahaja membuktikan Melaka juga memiliki bakat besar, sebaliknya pada masa yang sama mengharumkan nama negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, apa diharapkan adalah pengiktirafan yang diberikan terus menyuntik semangat dalam diri atlet untuk terus maju selain meletakkan sasaran meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Ab Rauf berkata, penganjuran Anugerah Sukan Negeri Melaka adalah medan bagi Kerajaan Negeri menghargai pengorbanan termasuk daripada segi masa dan penat lelah atlet yang berusaha keras demi melakarkan kejayaan untuk tanah tumpah kelahiran mereka.

“Ini juga membuktikan kerajaan negeri sentiasa menghargai kejayaan yang dicapai oleh para atlet dan pegawai sukan.  Semoga kejayaan ini menyuntik semangat, merangsang atlet muda dan pegawai sukan meneruskan cabaran di kejohanan-kejohanan lain pada masa hadapan.

“Kerajaan Negeri komited untuk terus menyokong pembangunan belia dan sukan di Negeri Melaka melalui Flagship 8:Melaka Sejahtera (Belia dan Sukan) telah menggariskan satu strategi iaitu Memperkasa Pembangunan Belia dan Sukan untuk kesejahteraan rakyat.

“Saya akan terus memberikan sokongan kepada penggerak sukan di Melaka kerana saya menaruhkan harapan yang besar agar industri sukan di Melaka akan terus memainkan peranan untuk membantu kita menjadi sebuah negeri yang berdaya saing daripada segi sosio-ekonomi setanding negara maju yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Kali ke-38 Tahun 2021/2022 diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Penganugerahan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal.

Penganugerahan membabitkan sembilan kategori yang antaranya Anugerah Olehragawan dan Olahragawati Melaka 2021/2022 selain Anugerah Olehragawan serta Olahragawati Harapan 2021/2022.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …