MASJID SRI SENDAYAN

Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan ini mula dibina pada 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. Masjid ini mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu menampung seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua dengan 800 jemaah dan dewan solat wanita dengan 800 jemaah.

Binaan Masjid Sri Sendayan diinspirasikan daripada warisan seni bina Abbasiyah dan Mamluk, dengan pengaruh daripada seni bina Umayyah dan Uthmaniyah. Setiap elemen dalam pembinaan masjid ini melalui pemilihan dan proses yang teliti untuk meraikan kepelbagaian warisan dan kesenian dalam tradisi Islam, kesemuanya bergabung dengan harmoni untuk menghasilkan suasana indah dan ketenangan.

Aspirasi untuk Masjid Sri Sendayan agar ia dapat menjadi pusat komuniti yang berperanan luas dalam segenap aspek kehidupan. Selain sebagai pusat ibadah, Masjid Sri Sendayan turut berfungsi sebagai pusat ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.

Masjid Sri Sendayan mengalu-alukan kunjungan sekalian warga muslimin dan muslimat, dari jauh dan dekat.

DCIM100MEDIADJI_0002.JPG

Sumber: FB Pesona Seremban

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN TERENGGANU GIAT PANTAU AJARAN SESAT

Ajaran dan amalan sesat bukanlah satu perkara baru di Malaysia di mana ia bertapak sejak abad ke-15 lagi melalui pengaruh …
Maklumat Lanjut

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hari Pekerja …
Maklumat Lanjut

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut