SULTAN KEDAH TITAH UTAMA TADBIR URUS BAIK DAN BERINTEGRITI

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan organisasi dan individu mengutamakan integriti dalam pengurusan dan tindakan harian.

Baginda bertitah, integriti dan tadbir urus yang baik serta cekap asas kepada kecemerlangan organisasi.

“Dalam pengamatan beta, jatuh bangun sesebuah institusi, syarikat, organisasi, pemimpin atau individu bergantung kepada integriti yang dimiliki.

“Tadbir urus yang cekap ialah landasan kepada kejayaan sesebuah institusi atau organisasi.

“Ini melibatkan pengurusan sumber dengan bijak, memaksimumkan hasil dan mengurangkan pembaziran,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Konvokesyen ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Sultan Sallehuddin bertitah, integriti ialah nilai asas yang harus dihayati setiap individu kerana bermaksud berlaku jujur, adil dan bertanggungjawab dalam semua tindakan.

“Beta berharap graduan UUM kelak boleh menerajui usaha antirasuah untuk membantu sesebuah organisasi, terutama dalam konteks tadbir urus yang baik dan berintegriti.

Seramai 5,738 graduan UUM akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen bermula semalam.

Daripada jumlah itu, 4,333 ialah graduan sarjana muda dan 1,387 graduan pascasiswazah terdiri daripada graduan doktor falsafah, doktor pengurusan, doktor pentadbiran perniagaan, ijazah sarjana dan diploma pascasiswazah, selain 18 graduan diploma eksekutif.

Sumber: SULTAN KEDAH TITAH UTAMA TADBIR URUS BAIK DAN BERINTEGRITI

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …