POLITEKNIK KULIM DINOBAT JUARA AMAZING SECURITY RACE 2023

Amazing Security Race 2023 melabuhkan tirainya dengan peserta dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim dinobatkan sebagai juara keseluruhan mengatasi kesemua 14 pasukan yang bertanding. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 beserta hamper dan sijil penyertaan.

Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Mohd Zawawi Zakaria dalam ucapannya melahirkan rasa teruja melihat kesungguhan dan penglibatan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program berlangsung. Tambah beliau, dengan kejayaan penganjuran pada kali ini, MKN Kedah bersedia merancang untuk menjadikan ia sebagai satu acara tahunan dan berharap lebih ramai peserta dari Institut Pengajian Tinggi di seluruh negeri Kedah dapat turut serta pada masa akan datang.

Program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan. Semua peserta turut mendapat pujian daripada Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Yan, Inspektor Daud Haji Arshad apabila mereka kekal mematuhi peraturan jalan raya dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang perlumbaan meskipun sedang mengejar masa.

Yang lebih utama, Teras Keselamatan seperti terkandung di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 telah berjaya dikongsikan kepada semua peserta sewaktu persinggahan mereka di setiap checkpoint perlumbaan selain turut didedahkan dengan tugasan fizikal berkait aktiviti sosio-ekonomi setempat. Ucapan sejuta penghargaan dan terima kasih juga kepada seluruh ahli jawatankuasa dari pelbagai agensi dan jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Komitmen dan semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh anda semua adalah terlalu luar biasa!

Tahniah dan syabas kepada semua!

Sehingga berjumpa lagi!

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …