AMAZING SECURITY RACE 2023 SANTUNI GOLONGAN BELIA KEDAH

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Daerah Yan telah menganjurkan Program Amazing Security Race 2023 yang bertempat di sekitar daerah Yan.

Daerah Yan yang dijenamakan sebagai Daerah Pelancongan Desa oleh kerajaan negeri Kedah mempunyai pelbagai produk yang berpotensi untuk dikomersialkan berkait dengan aktiviti pelancongan, pertanian, kebudayaan, sains dan teknologi. Kombinasi panorama gunung-ganang, pulau, laut, air terjun serta kawasan sawah yang luas menjadikan daerah ini unik untuk dilawati pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Program berkonsep explorace ini disertai seramai 75 peserta yang terdiri daripada pelajar dari Sembilan (9) Institut Pengajian Tinggi di sekitar negeri Kedah. Antara tujuan lain, MKN Kedah ingin mendedahkan para peserta kepada keindahan daerah Yan dan terlibat langsung di dalam aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat.

Peserta dikehendaki menyempurnakan tugasan di tujuh (7) checkpoint yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Setiap checkpoint memerlukan peserta melaksanakan tugasan dan aktiviti yang berkaitan dengan sosioekonomi masyarakat setempat antaranya memproses ikan pekasam, mengerat dan membanting padi, dan juga kukur kelapa.

Lebih menarik, tugasan juga memerlukan peserta untuk menyampaikan Sumbangan Rahmah kepada golongan kurang berkemampuan yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Yan. Aktiviti ini secara tidak langsung memupuk sifat rahmah di kalangan peserta dan semangat berkomuniti dalam kalangan peserta.

Peserta turut diberikan taklimat mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. DKN 2021-2025 merupakan satu dasar payung atau teras mengenai keselamatan negara yang komprehensif. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk mengekal, melindungi dan mempertahankan nilai-nilai teras keselamatan negara dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Kesemua sembilan Teras Keselamatan seperti terkandung di dalam DKN dijelaskan kepada para peserta bagi memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai isu dan cabaran dalam memelihara keselamatan negara yang memerlukan penglibatan setiap lapisan masyarakat.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria, wakil Pegawai Daerah Yan, Encik Mohd Akmal Azimi, dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Yan, Inspektor Daud Haji Arshad.

Video: Tiktok MKN Kedah

Artikel/Berita Terkini

SULTAN MIZAN MENCEMAR DULI MERASMIKAN WISMA AUDIT

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Mizan Abidin merasmikan Wisma Audit Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur …
Maklumat Lanjut

APMM TERENGGANU TUMPAS BOT NELAYAN ASING VIETNAM

19 MEI 2024 – Hampir sejam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengejar dua kapal nelayan asing Vetnam yang menceroboh perairan …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2024

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. Majlis …
Maklumat Lanjut