PROGRAM ‘BEACH PLOGGING DAY 2023’ DI PANTAI BUKIT BUBUS.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu bersama Geng Plastik Ija telah mengadakan Program Besut Beach Plogging Day bertempat di Pantai Bukit Bubus. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Luncur Udara 3A Adventures, Green Rangers UMT dan ramai lagi.
Pada sesi plodging kali ini, sebanyak 462Kg sampah telah berjaya dikumpulkan termasuk hampir 70Kg botol plastik. Di akhir program, peserta turut dikongsikan sedikit maklumat mengenai cara penjagaan alam sekitar/pesisir pantai oleh pensyarah dari UMT.
Semoga usaha ini dapat diteruskan setiap masa dan mendapat kerjasama serta penyertaan dari pelbagai agensi dan masyarakat setempat. Bersama menjaga alam sekitar supaya ia sentiasa kekal bersih. Terima kasih kerana menjayakan program ini.
#PembangunanMampan
        

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …