OPERASI GEMPUR AEDES BERSEPADU AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

 

Satu Operasi Mega Bersepadu Di Bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APPSP 1975) anjuran pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah diadakan di Pejabat Kesihatan Pasir Mas pada 10 September 2023.
Operasi melibatkan seramai 56 anggota dari seluruh daerah termasuk anggota dari Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri. Pasukan operasi daerah telah diberi tugasan melibatkan dua lokasi operasi iaitu sekitar Bandar Lama Pasir Mas melibatkan lima pasukan daerah dan empat pasukan daerah di Bandar Rantau Ranjang. Anggota Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri turut serta memantau perjalanan operasi dijalankan.
Sebanyak 271 premis telah berjaya diperiksa dan sebanyak 14 cadangan kompoun telah dikeluarkan hasil dari pemeriksaan yang dijalankan dengan nilai kompoun ditawarkan sebanyak RM 7000.
Secara keseluruhan objektif operasi untuk menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi memastikan kawasan bebas dari wabak demam denggi dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit demam denggi telah tercapai. Operasi ini akan dijalankan secara berterusan di semua daerah bagi memastikan tiada wabak baru demam denggi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …