KEBERADAAN BEKALAN BARANG KAWALAN MENCUKUPI DI KELANTAN

 

KOTA BHARU 11 Sept : YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDN Kelantan hari ini membuat pemantauan dan pemeriksaan stok gula & minyak masak peket 1kg di peringkat rantaian pemborong, peruncit dan pengguna sekitar Pasir Pekan dan Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Hasil pemantauan mendapati keberadaan bekalan semasa di beberapa premis perniagaan mendapati barangan kawalan seperti gula, minyak masak peket 1kg bersubsidi dalam pasaran mencukupi dan harga jualan seperti yang ditetapkan perundangan.
Dalam pada itu KPDN Kelantan setiap hari telah membuat penyelarasan pengagihan bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak bersubsidi kepada premis perniagaan yang mempunyai lesen sah berniaga borong atau runcit yang ditetapkan KPDN di seluruh Kelantan.
Sebanyak 200 premis melibatkan 60 pemborong, 140 peruncit dan pasaraya telah menerima 169.14 mt bekalan hasil edaran dan pengagihan. Manakala bekalan diterima 453.58 mt daripada 18 pengilang pembungkus pemborong utama di negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …