KERAJAAN NEGERI RANCANG BINA LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERNILAI RM500 JUTA

 

Kerajaan Negeri Kelantan merancang untuk membina Loji Rawatan Kumbahan berpusat di Tunjong bernilai RM500 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, cadangan itu bertujuan bagi memastikan sumber air dipelihara demi melindungi kesihatan awam serta persekitaran yang bersih dan selamat.
“Sistem pembentungan dan loji rawatan kumbahan di Kelantan ini masih rendah.
Banyak kediaman yang masih menggunakan sistem kumbahan tandas curah berbanding dengan tangki septik individu,” katanya menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebook miliknya, semalam.
Pihak Kerajaan negeri telah mengenal pasti cadangan pembangunan loji itu yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat dan pemastautin di Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …