KELAS BIMBINGAN AL-QURAN TULISAN BRAILLE OKU PENGLIHATAN

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2023M | 3 Safar 1445H : Telah berlangsung Kelas Bimbingan Al-Quran Tulisan Braille Siri 14/2023 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Islam Malaysia (PERTIS) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).
 
Seramai 69 orang peserta telah menjalani kelas yang diadakan secara bertahap (Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan). Seramai 4 orang tenaga pengajar daripada PERTIS menjadi pembimbing bagi kelas yang diadakan ini, iaitu Ustaz Shahril Azrie (Kelas Tahap 1 Asas), Ustaz Mohd Khairi (Kelas Tahap 1 Muqadam), Ustaz Sharif (Kelas Tahap 2 Tajwid) dan Ustaz Ahmad Daniel (Kelas Lanjutan).
Bagi tahun ini, sebanyak 18 siri kelas bagi setiap tahap yang diadakan secara serentak dalam 2 sesi iaitu sesi pertama bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan sesi kedua bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Kompleks MAB yang menyediakan tempat dan fasiliti. Program ini adalah salah satu daripada inisiatif JAWI untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) khusus kepada warga OKU Penglihatan melalui Kelas Bimbingan Al-Quran Tulisan Braille.
Disediakan oleh : Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI Kuala Lumpur.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …