KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BPKP KE ATAS PMB TD

    
KUALA LUMPUR, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menerima Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Brig Jen Ir Thevendran CS Maniam di Bilik Tamu, Pejabat PMB TD pada 11 Ogos 2023.
Terdahulu, beliau diberikan penghormatan untuk pemeriksaan Kawalan Kuarter sebelum dibawa ke pejabat PMB TD. Kunjungan Hormat ini bersempena pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah BPKP yang baharu berkuatkuasa pada 3 Mei 2023 yang lalu. Kunjungan Hormat kemudian diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan dan penyampaian cenderahati.
– Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat
SUMBER : BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …