7 PREMIS AKTIVITI PERNIAGAAN WARGA ASING DI TUTUP DAN DI KOMPAUN DBKL

Kuala Lumpur, Rabu 23 Ogos 2023Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan di kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) meneruskan lagi Tindakan Khas Terhadap Aktiviti Premis Perniagaan Warga Asing sekitar Jalan Gombak, Jalan Jernai, Jalan Cheras Baru, Taman Sri Rampai dan Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menerusi pemeriksaan ke atas 15 aktiviti perniagaan pada siri kali ini melibatkan kedai runcit, pasar mini, kedai perabut, café, kedai barangan elektrik, gunting rambut, jualan sayuran, ikan segar dan lain-lain aktiviti yang beroperasi dan dikendalikan oleh warga asing.

DBKL membuat 7 penutupan (sealed) premis perniagaan dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan 3 tindakan sita/pindah barangan penjajaan dari warganegara asing.

DBKL turut mengeluarkan 11 notis kompaun kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Petampatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana mengambil mana-mana pekerja warga asing tanpa permit sah.

 Kesemua peralatan dan barangan perniagaan yang di sita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur.

Pemilik premis perniagaan diingatkan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh DBKL. Tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan dari masa kesemasa mengikut parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 #KLBandarUntukSemua

#BandarMampanBandarSejahtera

#TegasSetia

 

SUMBER: DBKL https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …