KOMUNITI MASA KINI PERLU LEBIH BERDAYA TAHAN DAN BERDAYA SAING

Komuniti pada masa kini perlulah lebih berdaya tahan dan berdaya saing bagi mendepani cabaran yang mendatang. Itulah yang diharapkan oleh YBhg. Dato’ Abdul Gafar Yahya, Pegawai Daerah Langkawi dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana yang diadakan bertempat di Pulau Tuba.

Pulau Tuba telah dipilih dan diangkat sebagai Kampung Siaga oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Langkawi dalam usaha mendedahkan masyarakat di pulau tersebut dengan ilmu atau pengetahuan asas pertahanan awam.

MKN Kedah berkesempatan memberi sedikit perkongsian kepada penduduk setempat mengenai isu keselamatan semasa serta menerapkan kepentingan minda keselamatan di kalangan penduduk setempat. Sebagai komuniti berdaya tahan bencana, seluruh penduduk Pulau Tuba diharapkan lebih peka dan prihatin terhadap segala aspek keselamatan, termasuklah keselamatan sosial yang boleh mengundang kepada “bencana sosial” sekiranya tidak dibendung daripada awal.

Perkongsian yang disampaikan oleh Encik Mior Ahmad Shah dan Encik Mohd Nurul Hasri antara lain turut menyentuh mengenai kekurangan minat pelajar lepasan SPM untuk menyambung pelajaran dan bagaimana ianya memberi kesan kepada keselamatan negara.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …