PEMANTAUAN PULAU-PULAU DI PERAIRAN LANGKAWI

Dengan matlamat menjaga kedaulatan dan keutuhan wilayah negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah turun ke daerah Langkawi untuk meninjau serta memilih pulau-pulau di sekitar perairan Langkawi yang tidak berpenghuni untuk projek pembinaan tugu Malaysia.

Tujuan pembinaan tugu tersebut adalah bagi menzahirkan kedaulatan negara agar tiada lagi tuntutan yang boleh dilakukan oleh mana-mana entiti terhadap pulau-pulau di dalam negara ini samada pada ketika ini mahupun di masa akan datang. Pengalaman lalu harus menjadi pengajaran dalam usaha memelihara kedaulatan negara ini.

Malah, binaan tersebut juga dijangka mampu menjadi tarikan kepada pelancong yang menjalankan aktiviti air di sekitar pulau berkenaan selain bertujuan menerapkan rasa cinta terhadap negara.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Abdul Gafar Yahya, Penghulu Mukim Ayer Hangat, Encik Abdul Azim Mahmud, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keselamatan MKN JPM, Encik Khaiful Razak, dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim MKN JPM, Dr. Abdul Rashid Abdul Hamid.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …