HAMPIR 29,000 SISA PEPEJAL DILUPUSKAN SEPANJANG AIDILFITRI DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN: Sebanyak 28,993.94 tan sisa pepejal dilupuskan sepanjang sebulan perayaan Aidilfitri tahun ini di Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad, jumlah tersebut bagaimanapun menurun berbanding tahun lalu.

Ia menurun berbanding perayaan Aidilfitri tahun lalu iaitu sebanyak 29,124.33 tan. Ini merupakan penurunan sebanyak 131 tan iaitu 0.5 peratus pengurangan sisa pepejal pada musim perayaan kali ini.Daripada jumlah itu, sebanyak 3,373 tan sisa pepejal bagi isi rumah.

Pada awalnya pihak SWCorp menjangkakan akan berlaku peningkatan penghasilan sisa pepejal ekoran cuti panjang pada perayaan Aidilfitri kali ini. Bagaimanapun, difahamkan masyarakat mula mempunyai kesedaran dengan membeli secara berhemah, merancang pembelian dan mengurangkan pembaziran.

Sementara itu, Mohd. Norlisam berkata, pihak SWM Environment bercadang untuk menambah dua buah pusat pandu lalu KITARecycle di negeri menjelang penghujung tahun ini.

Cadangan itu selepas mengambil kira kesedaran orang ramai di negeri dalam amalan kitar semula dilihat meningkat melalui program KITARecycle.

Terdapat juga cadangan untuk menambah dua lagi pusat pandu lalu KITARecycle iaitu di Nilai dan sebuah lagi di bahagian di Kuala Pilah. Ia berikutan kesedaran masyarakat untuk mengasingkan sisa pepejal kitar semula ini dilihat mula meningkat dari semasa ke semasa.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut