NEGARA TUA 2030: PERSEDIAAN PRASANA MINDA DAN FIZIKAL WARGA EMAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Pemuliharaan Fabrik Sosial) 

 Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Menerusi Kenyataan Media bagi Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dilaporkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.3 peratus bagi tempoh yang sama dan berdasarkan definisi United Nations, Malaysia telah menjadi negara menua. 

Namun yang demikian, dilaporkan menerusi spektrum statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada 28 September 2022, purata jangka hayat rakyat Malaysia dilihat menurun dimana lelaki dan perempuan berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna mereka dijangka hidup sehingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun. Penurunan dapat dilihat jika dibandingkan dengan jangkaan statistik yang dilaporkan pada tahun 2012, bahawa seorang lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2018 dijangka akan hidup selama 15.0 tahun lagi manakala bagi wanita selama 17.2 tahun lagi. Menurut Jabatan Perangkaan, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19 

Pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah negara dalam usaha bersiap siaga mengalami transformasi negara tua. Aspek-aspek berkenaan seperti yang telah diutarakan oleh Prof. Madya Dr Shaharudin Idrus dalam penulisannya di akhbar Berita Harian pada tahun 2016, termasuklah pembangunan prasana minda dan pembangunan prasana fizikal. Pembangunan prasana minda meliputi perhatian dan kasih sayang yang wajar diberikan kepada golongan warga emas. Tidak dinafikan bahawa golongan warga emas bukan sahaja mempunyai risiko tinggi untuk terdedah kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit, malahan penyakit mental seperti kemurungan turut menjadi ancaman tegar terhadap golongan ini. 

Di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kemurungan dalam kalangan warga emas merupakan faktor keupayaan warga emas untuk mengurus diri mereka sendiri termasuklah dari segi kewangan, pergerakan, komunikasi dan pemakanan. Malahan, sebuah kajian yang dijalankan dalam kalangan warga emas di sekitar negeri Johor (Nur Aqlili Riana, 2018) mencerminkan bahawa warga emas yang mempunyai prestasi kesihatan fizikal meliputi imbangan badan, kelajuan berjalan dan kelenturan tubuh badan yang kurang memuaskan adalah berisiko tinggi untuk mengalami kemurungan. Sehubungan itu, program-program seperti senaman aerobik, 10,000 langkah dan gotong-royong adalah antara inisiatif yang dapat dijalankan dalam usaha meningkatkan prestasi kesihatan fizikal golongan warga emas. 

Dalam takrifan pembangunan prasana fizikal, ia meliputi infrastruktur pengangkutan awam dan persekitaran, sama ada kemudahan-kemudahan ini sesuai untuk status negara tua. Selain itu, salah satu daripada infrastruktur yang perlu dititikberatkan ialah prasarana sokongan perubatan dimana golongan ini amat terdedah kepada penyakit yang sukar diubati atau memerlukan kewangan rawatan yang tinggi dan sukar dipenuhi. 

Di Malaysia, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi golongan warga emas di bawah kelolaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara kemudahan yang disediakan termasuklah bantuan kewangan iaitu Bantuan Warga Emas (BWE),  dimana sejumlah RM500.00 sebulan seorang sebagai saraan hidup diberikan kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. Selain daripada bantuan kewangan, JKM turut menyediakan kemudahan seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE). 

 Sebagai rumusan, pelbagai aspek perlu dikenalpasti dalam mengukur kebersediaan sesebuah negara menggalas status negara tua. Profil warga emas perlu diperkukuhkan secara holistik baik dari sudut pembangunan prasana minda dan pembangunan prasana fizikal.  

Sumber: 

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut