RINGGIT MALAYSIA KEBANGGAAN KITA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Patriotisme) 

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, mata wang didefinisikan sebagai alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah. Unit mata wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR. Pada ketika ini transaksi tunai dalam Ringgit adalah berbentuk wang kertas bernilai RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, dan RM1 serta bentuk wang syiling, 50 sen, 20 sen, 10 sen, dan 5 sen. Penggunaan wang syiling satu (1) sen dihentikan pada 1 April 2008 berikutan pengenalan mekanisme membundarkan nilai kepada nilai lima sen terhampir. 

Sebelum Ringgit Malaysia diperkenalkan, terdapat beberapa mata wang yang digunakan di Malaysia. Mata wang tersebut antaranya adalah wang kertas Estet Constantinopole, wang kertas Kerajaan Jepun, duit Pitis Keping Kelantan, wang kertas negeri-negeri Selat dan Malayan Dollar, duit kertas Malaya dan Borneo Utara, wang Borneo Utara, Dollar Sarawak, Penang Dollar dan keping Terengganu.  

Menyelusuri sejarah penggunaan nama “Ringgit”, nama ini berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Bermula Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada tahun 1993 yang kemudiannya digunakan sehingga ke hari ini. 

Sumber: 

  • https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=wang 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …