PAWANA RAMADAN: ADAB SAMBUTAN AIDILFITRI

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

 Umat Islam menyambut Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah pada setiap 1 Syawal iaitu setelah berakhirnya bulan Ramadan. Ia merupakan hari kegembiraan dan hari kemenangan umat Islam berikutan berjaya melaksanakan ibadat puasa dalam bulan Ramadan. Allah s.w.t. telah mensyariatkan umat Islam untuk menyambut Aidilfirti sepertimana firmanNya, yang bermaksud:

“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”- Surah Al-Baqarah: 185.

Laman web Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menyenaraikan adab-adab umat Islam ketika menyambut Aidilfitri supaya mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t., iaitu:

  • Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja berada (selain dari dalam tandas).
  • Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t. seperti melakukan solat, berzikir, membaca al-Quran, bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Sabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati”- Hadis Riwayat Ibnu Majah.

  • Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya; sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin al-Musayyib berkata, yang bermaksud:

“Sunat-sunat hari raya ada tiga: Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi”.

  • Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara imam disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.
  • Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi Hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil” – Hadis Riwayat al-Bukhari.

  • Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan dan memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.
  • Keluar pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula selepas solat melalui jalan lain. Bagi yang mampu adalah lebih afdhal pergi solat berjalan kaki. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Jabir R.A, katanya, yang bermaksud:

“Nabi s.a.w. melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya”- Hadis Riwayat al-Bukhari.

  • Menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin, serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim.
  • Tidak berjabat salam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, seperti ipar, isteri bapa saudara atau suami emak saudara dan seumpamanya.
  • Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, yang bermaksud:

“Aku bertemu Rasulullah s.a.w. pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu, lalu Baginda menjawab: semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu”.

  • Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat Aidilfitri, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas r.a., yang bermaksud:

“Nabi s.a.w. keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau selepasnya”- Hadis Riwayat al-Bukhari.

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut