‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa penipuan. Mendedahkan perkara itu, menurut Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong, terdapat pengguna yang hanya mendapatkan maklumat mengenai tawaran pakej melancong di Internet semata-mata. Mereka membaca ulasan (review) di internet dan kemudian terpengaruh dengan komen positif, sedangkan semua komen tidak baik ‘ditolak’ ke bawah sehingga orang ramai tidak sedar. Orang ramai dinasihatkan jangan mudah terpedaya dengan tawaran pakej pelancongan yang dilihat menarik, termasuk yang menawarkan harga murah, kerana ada kemungkinan ia satu penipuan. Pihak  MATTA turut menerima aduan berkaitan penipuan perkara ini, dan mahu orang ramai berwaspada sebelum mengambil mana-mana pakej pelancongan.

Kebanyakan kes penipuan ini melalui media sosial dan ia tidak boleh dikesan oleh ejen pelancongan walaupun kadang kala ada menerima aduan rasmi. Modus operandi mereka adalah dengan membuka akaun WhatsApp baharu dengan individu terbabit, tawarkan pakej itu dan selepas menerima bayaran, mereka hilang dan tak dapat dikesan. Menurutnya, orang ramai boleh merujuk kepada MATTA atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu sendiri bagi mendapatkan kesahihan lesen sesebuah syarikat berkenaan. Sebaik-baiknya buat lawatan ke pejabat syarikat berkenaan dan dapatkan maklumat tepat sebelum mengambil sebarang pakej yang ditawarkan.

Media sebelum ini melaporkan kemunculan banyak iklan menawarkan pakej pelancongan termasuk umrah dan haji yang berleluasa di media sosial cenderung membuka peluang kepada kegiatan penipuan. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dilaporkan turut menerima banyak aduan berkaitan penipuan sejak empat tahun lalu. Bagi tempoh antara 2019 hingga 2022, NCCC menerima 5,518 aduan membabitkan pakej pelancong daripada pengguna dengan 2,028 daripadanya membabitkan unsur penipuan. Setakat ini terdapat 2,400 ejen pelancongan di seluruh negara yang berdaftar dengan MATTA dan kesemua lesen mereka dipantau oleh MOTAC. MATTA fokus membantu mempromosikan produk pelancongan negeri-negeri di luar negara seperti di China, India dan negara-negara Eropah selain ASEAN. Pihaknya juga membantu negeri-negeri termasuk yang kurang berupaya membuat promosi melalui pameran selain membawa pemain-pemain industri berkenaan mempromosikan pelbagai produk seperti makanan, kraftangan, inap desa dan sebagainya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: TIPS KEKAL CERGAS DI PEJABAT.

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda …
Maklumat Lanjut

JOM CAKNA: KENALI TAHAP MELECUR

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat; Tahap Pertama …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN : MANFAAT & KEBAIKAN BUAH CEMPEDAK

1. Fungsi Mata Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata …
Maklumat Lanjut