SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, tahun lalu. Tertuduh,S Kumaraguru, 33, dan isterinya T Agatishwari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh secara bersama dengan niat telah memperdagangkan seorang wanita warga Myanmar, 41, dan wanita warga India, 21, bagi maksud eksploitasi kerja.

Perbuatan itu dilakukan antara Julai hingga Oktober 2023 di sebuah rumah beralamat di Taman Bayu Indera Lukut, Port Dickson. Dengan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan akan dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda. Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Peguam Hasvinder Singh Gill yang mewakili pasangan itu memohon jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan alasan suami isteri itu tidak bekerja dan menanggung dua anak yang masih kecil serta ibu bapa masing-masing. Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 terhadap setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapi. Surita turut menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi. Sebutan semula pada 30 Mei depan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Ops …
Maklumat Lanjut

MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT: BENCANA BANJIR DAN IMPAK

Banjir dan banjir kilat merupakan bencana alam yang berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku di seluruh dunia.  Banjir pada …
Maklumat Lanjut

SAKIT BELAKANG DITEMPAT KERJA: PUNCA DAN CARA RAWATAN

90% dari pekerja pejabat akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 70% daripadanya tidak mendapatkan rawatan dan berisiko untuk …
Maklumat Lanjut