PAKEJ BANTUAN RAHMAH DAN PRIHATIN RAKYAT UNTUK ORANG MELAKA

AYER KEROH 19 April – Kerajaan Negeri mengumumkan empat inisiatif ‘Pakej Bantuan Rahmah dan Prihatin Rakyat’ melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM16.399 juta bertujuan meringankan bebanan dan kos sara hidup rakyat. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap inisiatif itu mampu membantu meringankan bebanan dan kos sara hidup rakyat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta kemajuan di Negeri Melaka.

“Empat inisiatif ini adalah parkir percuma untuk pengunjung dalam dan luar Melaka pada 1 hingga 7 Syawal melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penjaja-penjaja kecil di bawah undang-undang kecil PBT diberi 50 peratus pemotongan fi lesen bermula Jun sehingga akhir tahun melibatkan 6,223 pelesen dengan peruntukan kewangan berjumlah RM584,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2023 bertemakan ‘Bijak Laksana Hang Tuah, Berani Laksana Hang Jebat’ di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Katanya inisiatif ketiga pula adalah menghapuskan denda lewat bayar cukai pintu bagi mereka yang menjelaskan keseluruhan bayaran cukai pintu semasa dan tunggakkan.

“Usaha ini meliputi semua kategori di bawah PBT iaitu kediaman, komersial dan industri untuk tahun 2023 dengan anggaran implikasi kewangan bernilai RM14.116 juta.

“Terakhir, bersetuju untuk melupuskan kompaun kesalahan ‘parking’ kereta dan kompaun-kompaun bagi penjaja kecil dari 1 hingga 30 Mac lalu sempena pelantikan saya sebagai Ketua Menteri Melaka dengan anggaran implikasi kewangan bernilai RM1.179 juta,” katanya.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …