OP SELAMAT: LPT 2 KEMBALI SESAK DENGAN JANGKAAN 75,000 KENDERAAN

Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dijangka akan memgalami kesesakan yang berganda pada sambutan hari raya kali ini. Polis Terengganu dan JPJ Terengganu menjangka pertambahan luar biasa sehingga 75,000 kenderaan yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang tempoh musim perayaan Aidilfitri, bermula semalam sehingga hari raya ketiga, menunjukkan peningkatan yang dianggarkan lima hingga enam kali ganda dari tahun lepas.

Pada tahun 2022 dicatatkan lebih kurang 15,000 kenderaan yang melalui LPT 2 tetapi pada raya kali ini PDRM menjangkakan lebih kerana lencongan pengguna jalanraya akibat penutupan jalan di Gua Musang, Kelantan. Keadaan tersebut juga boleh menyebabkan kesesakan kenderaan terutama di jalan Persekutuan dan negeri menuju ke Kelantan iaitu di daerah Setiu dan Besut.

Bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang sambutan Aidilfitri 2023 ini, hampir 300 anggota trafik akan ditugaskan khususnya di persimpangan lampu isyarat di daerah Setiu dan Besut.  Justeru itu, PDRM dan JPJ mengingatkan kepada pengguna LPT2 terutama mereka dari luar yang ingin memasuki Terengganu lebih berhemah di musim perayaan ini termasuk merancang perjalanan masing-masing.

Selain itu, sebanyak 22 kawasan panas dijangka berlaku kesesakan dan 20 kawasan hitam sering terjadi kemalangan telah dikenal pasti di seluruh Terengganu dalam Op Selamat.

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut